CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 9, 2009

Tips penjagaan Hydrangea aka Bunga Tiga Bulan


Cahaya
Sangat sesuai berada di bawah teduhan, cahaya matahari terus akan menghitamkan daunnya terutama cahaya matahari dari tengahari ke petang. Cahaya matahari pagi tiada masalah. Jika hendak juga cahaya matahari terus, 'hardening process' mungkin dapat membantu.

Air.
Pokok ini memang suka bekalan air yang berterusan. Selalunya perlukan siraman 2 kali sehari, kecuali jika cuaca terlalu panas, harus disiram 3 kali sehari.
Jika tidak mendapat air yg mencukupi pokok akan layu dan mengganggu perkembangan pokok.


Baja.
Pokok ini juga kuat makan baja kerana perlu hasilkan bunga yg cantik serta warna yang menarik. Pada peringkat awal pertumbuhan, pokok perlukan baja yang kaya dengan unsur nitrogen(N). Apabila pokok telah matang untuk berbunga, amat sesuai untuk menggunakan baja yang kaya dengan unsur fosforus(P) untuk menggalakkan penghasilan bunga. Selalu rujuk kepada label bungkusan baja untuk proses pembajaan.
Kekurangan nutrient-nutrient penting seperti di atas akan melemahkan daya tahan pokok.

Ini hanyalah panduan asas dalam penjagaan Hydrangeas dari pengalaman-pengalaman saya yang lepas. Harap dapat manfaat bersama.





6 comments:

Ifa said...

thanks miza..
baja tu apa ye miza.. kalau ad a gambo dia lagi bagus.. sebab baru gak nak berjinak2 bela bunga ni.. maaf banyak lak tanya.. hehe

mizahanan said...

sory dea,pix xde. baja organic sume buleh, utk bunga buleh guna baja warna pink(biji)dll. terakhir utk tuka2 warna bunga, saya guna miracid(miracle gro. pix:
http://www.esbenshades.com/onlineshopping/pics/073561025317ws.jpg

Ifa said...

thanks again utk info tu semua miza.. kiranya baja bunga biasa boleh la kan.. harap2 menjadi la pokok saya cam miza punya..

mizahanan said...

baja bunga biasa buleh. harap menjadi hydrangeas dea. nnt tepek pixnye :)

Shida said...

Untuk makluman, H saya semuanya dah mati...erm...takdak rejeki.

Cath J said...

Oh terima kasih utk info ini.. my flower tak menghasil bunga sudah sekian lama.. akan cuba menggunakan baja biji tu.. ^_^