CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 22, 2011

Madu+Racun

Assalam.. Madu+racun saya yg kedua.. Hifza Nour(73 hari).. sudah lama mama menanti kehadiranmu. Allah Maha Adil. Syukur Alhamdulillah.. betul ckp Kak Tina.. ralit dibuatnya

Monday, May 23, 2011

Mencari bilik sewa

Saya sedang mencari bilik utk disewakan di kawasan ktm kepong sentral/jusco kepong/tesco kepong. Pls help me. TIA


Have a nice day!

Sunday, April 10, 2011

Mabuk tak hilang

Salam Sejahtera semua pembaca..
Orkid-orkid yang sedang mengembang dan antara yang sempat dirakamkan gambarnya.

Dendrobium aphyllum
Phalaenopsis hybrid yg dapat dipulihkan kembali oleh Pn Rokiah.

Dendrobium dearei berbunga sepanjang tahun

R. retusa alba kali ni x meriah kuar setangkai bunga saja




Orkid di kampung. lagi meriah bunganya.


Niat menghantar orkid-orkid ke kampung tidak kesampaian. Namun saya telah 'mengepos' orkid2 yang nyawa ikan(semasa mabuk buatan orang) ke sana dgn harapan dapat dipulihkan sepenuhnya oleh mak angkat mereka merangkap ibu saya. Kalau berkesempatan saya akan share di sini perkembangan orkid2 tersebut.

Friday, December 11, 2009

December's Bloom

Salam all

sambungan
Tak rajin nak upload byk kali ditambah dgn narrowband yg berleluasa. silalah ke add. spt di bwh

http://www.facebook.com/album.php?aid=133216&id=745477528&l=6de4f06f7b

Jumpa lagi!

Monday, November 9, 2009

Harvester of Sorrow

salam kebun semua

bz amat pd minggu2 terakhir sek. thn ni. ramai client yg harus dientertain. meeting sana sini. cuaca pon sukar diramal natijahnya pokok2 saya minum skyjuice saja sejak kebelakangan ni. baja ntah bile last. paling sedih botol neem oil saya telah hanyut dibawak arus. pokok2 yg harus bertemu dgn tuannya juga dah x saba2 minta dipos. minta ampun dan maaf atas penangguhan kiriman pokok pd yg ternnt2 ketibaannya. InsyaAllah keadaan kembali spt biasa pd bulan 12 nnt.

stok cuci mata kali ni yg sempat disnap.

haaa.. seketul jah.
bersambung....

Friday, October 9, 2009

Tips penjagaan Hydrangea aka Bunga Tiga Bulan


Cahaya
Sangat sesuai berada di bawah teduhan, cahaya matahari terus akan menghitamkan daunnya terutama cahaya matahari dari tengahari ke petang. Cahaya matahari pagi tiada masalah. Jika hendak juga cahaya matahari terus, 'hardening process' mungkin dapat membantu.

Air.
Pokok ini memang suka bekalan air yang berterusan. Selalunya perlukan siraman 2 kali sehari, kecuali jika cuaca terlalu panas, harus disiram 3 kali sehari.
Jika tidak mendapat air yg mencukupi pokok akan layu dan mengganggu perkembangan pokok.


Baja.
Pokok ini juga kuat makan baja kerana perlu hasilkan bunga yg cantik serta warna yang menarik. Pada peringkat awal pertumbuhan, pokok perlukan baja yang kaya dengan unsur nitrogen(N). Apabila pokok telah matang untuk berbunga, amat sesuai untuk menggunakan baja yang kaya dengan unsur fosforus(P) untuk menggalakkan penghasilan bunga. Selalu rujuk kepada label bungkusan baja untuk proses pembajaan.
Kekurangan nutrient-nutrient penting seperti di atas akan melemahkan daya tahan pokok.

Ini hanyalah panduan asas dalam penjagaan Hydrangeas dari pengalaman-pengalaman saya yang lepas. Harap dapat manfaat bersama.





Monday, October 5, 2009

Syawal ke-16

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua pembaca budiman. Lama rasanya tidak mengepos di sini dan di harap pembaca sume berada dalam keadaan sihat sejahtera, berbahagia sentiasa di Syawal yg mulia. Kalu ada di area Serendah jemputla ke rumah, tapi kolisasi dulu mana tau tiada di rumah sibuk memenuhi jemputan rumah terbuka sana sini hehe sibuk kunun.

Ok, nak tepek sbhgn pix orkid x seberapa yg sempat di snap. Selamat mencuci mata!













Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menjawap Soalan dan Selamat Maju Jaya kepada semua calon PMR 2009 amnya dan khususnya kepada adik bongsu saya, Saidatul Amira Ahmad. Moga kejayaan menjadi milikmu. Amiin.