CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 18, 2009

Puisi Hari Guru

Pagi td saya di datangi 2 org bekas pelajar dan mereka menghadiahkan sebuah puisi tidak bertajuk dan sebiji epal.
Saya ingin berkongsi puisi tersebut dgn pembaca budiman semua..

Pada kerdip mata itu,
Dapat ku intai keikhlasanmu,
Mengajarku dan mendidik anakmu ini,
Penuh kesabaran dan tabah.
Hati nuraniku ini tegar mengatakan,
Kerdipan matamu itu bukannya kepalsuan,
Lelahan dan kepenatan mendidikku terselindung di sebaliknya,
Demi anakmu yang tercinta.
Ku toleh semula ke masa lalu,
Ajaran dan tunjuk ajarmu,
Menjadikan aku kini teguh berdiri,
Mengejar cita-cita menggapai impian.
Padamu guru aku berjanji,
Segala asuhanmu takkan terkubur sepi,
Segulung ijazah akan menjadi bukti,
Bahawa pengorbananmu penuh bererti.

Selamat Hari Guru 2009
16 Mei 2009
Hasil nukilan Siti Nur Shatirah
(PMR 2005)

0 comments: